Tulis LIMA nilai murni yang dapat kamu
perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih
daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan.
Setiap
pagi, Adib akan bangun awal untuk pergi
ke sekolah. Selepas bersiap, dia akan menunggu bas di perhentian yang
berhampiran dengan rumahya. Ini kerana dia pergi ke sekolah dengan bas. Semasa
bas tiba, dia akan beratur untuk menaiki bas.
Apabila
sampai di perhentian lain, seorang perempuan yang mengandung telah menahan bas
itu. Pada masa itu, kerusi di dalam bas telah penuh. Adib pun bangun lalu mempelawa perempuan yang
mengandung itu untuk duduk di kerusinya. Perempuan itu mengucapkan terima kasih
kepadanya.
Biasanya, Adib akan tiba di sekolah
sebelum loceng berbunyi. Jikalau dia ternampak sebarang sampah berada di atas
rumput atau di mana-mana sahaja, dia akan mengutip sampah itu. Adib lebih gemar
kawasan sekolahnya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih.
No comments:
Post a Comment