Tuliskan
LIMA nilai murni yang kamu boleh
dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Azman tinggal di sebuah
kampung yang terpencil. Pada setiap pagi, dia akan menyapu dedaun di halaman
rumahnya. Azman masih mempunyai ibu dan bapa. Keluarga Azman tidak sekaya orang
lain di kampungnya. Rezeki keluarganya
hanyalah cukup-cukup makan sahaja. Namun begitu, Azman tidak pernah merungut
dengan keadaan keluarganya yang serba kekurangan.
Setiap petang, dia akan bekerja sebagai pencuci pinggan
di sebuah kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Upah yang diperoleh akan
digunakan untuk membeli buku-buku dan peralatan sekolahnya. Pada masa lapang,
dia akan menebas semak-samun di belakang rumahnya. Tanah yang ada itu akan
digunakan oleh Azman untuk menanam sayur-sayuran. Ibu bapanya amat bertuah
kerana mempunyai anak seperti Azman.
No comments:
Post a Comment