Tuliskan LIMA nilai murni yang
kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Nabila ialah seorang murid
tahun 6. Dia mempunyai ibu bapa yang berasa. Namun
begitu, dia tidak pernah sombong dengan orang lain. Dia juga menyediakan sebuah
jadual waktu untuk dirinya sendiri. Setiap hari, dia akan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Nabila juga akan menggunakan masa senggangnya untuk
melakukan perkara yang berfaedah. Apabila Nabila memerlukan sesuatu, dia biasanya akan berusaha
sendiri. Dia tidak pernah meminta bantuan orang lain untuk melakukan kerja
untuknya. Contohnya, semasa ibunya tiada di rumah, dia tidak pernah meminta
abangnya untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya, dia sendiri yang melakukan
perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment