Ayat Majmuk
Definisi
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua
ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara
tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.
Contoh
1. Ali sedang membaca buka dan Fatimah sedang
membuat latihan matematik.
a) Ali sedang membaca buku.
b) Fatimah sedang membuat latihan matematik.
2. Abu rajin tetapi adiknya malas.
a) Abu rajin.
b) Adiknya malas.
3.Guru sekolah saya tekun dan berdedikasi.
a) Guru sekolah saya tekun.
b) Guru sekolah saya berdedikasi
4. Dia membeli buku yang tebal.
a) Dia membeli buku.
b) Buku itu tebal.
5. Ayah mendapat berita bahawa abang telah
tamat latihan.
a) Ayah mendapat berita.
b) Abang telah tamat latihan.
Jenis Ayat Majmuk.
Terdapat 3 jenis utama:
1. Ayat majmuk gabungan.
2. Ayat majmuk pancangan.
3. Ayat majmuk campuran.
Ayat majmuk gabungan
Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua
ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara menggabungkan atau
mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi,
dan sebagainya.
Contohnya:
1. Murid-murid berlari dan menyanyi.
2. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
3. Encik hendak ke sekolah atau hendak ke
pejabat?
Ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, iaitu
ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu
ayat dengan yang lain wujud oleh sebab ayat-ayat tersebut disusun
berturut-turut.
Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung;
apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan
sebagai deretan pernyataan.
1. Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.
2. Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke
kiri, melenggok ke kanan.
Dalam contoh di atas, kelihatan bahawa ayat-ayat yang
digabungkan itu, dalam bentuk tulisan, dipisahkan oleh tanda baca koma (,).
Ayat majmuk pancangan .
Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa
yang tidak setara.
Ini bermakan dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas
atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.
Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan
menggunakan kata hubungan seperti yang, bahawa, kerana, jika, apabila,
sungguhpun dan sebagainya.
Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan
kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
Ayat Majmuk Campuran.
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih
daripada satu jenis ayat.
Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat
majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.
Biasanya, ayat jenis ini panjang.
Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi
bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya.
Perhatikan contoh-contoh di bawah.
Klausa utama ditandakan `U' dan bilangannya dinomborkan;
ayat kecil ditandakan 'K' dan bilangannya dinomborkan.
No comments:
Post a Comment