Tuesday, 16 July 2013

NILAI MURNI C4



Tuliskan LIMA  nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 60 patah perkataan.  Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
“ Amin, kenapa kamu bangun lambat hari ini?” tanya emak kepada Amin. Amin tidak menjawab pertanyaan emaknya. Dia terus pergi ke dapur untuk bersarapan pagi. Sekali lagi emak Amin menegurnya. Kata ibunya, “Amin, kalau kamu hendak makan, gosoklah gigi dan bersihkan muka dahulu.” Amin terus menengking emaknya. Kata Amin, “ Emak ni sibuklah. Suka hati sayalah”.
            Emaknya risau dengan sikap Amin itu. Selepas bersarapan, Amin terus pergi ke belakang rumah. Emaknya seperti biasa pergi ke sawah untuk mengerjakan sawahnya. Dia perlu bekerja demi anaknya, Amin. Nasib emak Amin sungguh malang. Semasa di sawah, dia telah dipatuk oleh seekor ular. Emaknya telah meninggal dunia. Semasa Amin pulang ke rumah, dia terkejut kerana ramai orang berada di rumahnya. Apabila dia masuk ke dalam rumah, dia lihat tubuh emaknya sudah tidak bernyawa lagi. Amin menyesal kerana dia telah menjadi anak yang derhaka kepada emaknya.

No comments:

Post a Comment