.
Tuliskan
LIMA pengajaran yang kamu boleh
dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Amira
dan keluarganya tinggal di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Amira
sungguh bertuah kerana dibesarkan dalam
keluarga yang kaya. Sungguhpun begitu, Amira
tidak pernah menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan kekayaan ayahnya. Dia
juga lebih suka memakai pakaian yang sederhana dan tidak terlalu mahal.
Dia lebih suka pergi
ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. Apabila bas tiba, dia akan beratur sebelum menaiki bas.
Semasa berada di sekolah, dia suka
berkawan dengan semua murid termasuklah murid daripada kaum Cina dan India.
Dia amat disukai oleh semua murid kerana sikapnya yang mudah mesra dengan semua
orang. Amira juga sering membantu
kawan-kawannya yang menghadapi masalah. Oleh itu, Amira sering
dijadikan contoh kepada murid-murid lain.
No comments:
Post a Comment