Tulis LIMA nilai murni yang
dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak
lebih 60 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Di
sebuah kampung tinggal seorang budak lelaki yang bernama Amin. Amin merupakan
seorang pelajar di tahun 6. Walaupun pada tahun ini dia akan menghadapi UPSR,
dia selalu menonton televisyen hingga larut malam. Selain itu, dia juga suka
tiba lambat di sekolah.
Ibu bapa Amin merupakan orang yang
kaya. Namun begitu, mereka tidak suka memberikan derma kepada orang yang
miskin. Apabila Amin dipanggil oleh guru besar, dia selalu bercakap bohong
semasa ditanya. Semua guru amat bimbang akan sikap Amin itu. Mereka berharap
Amin akan berubah pada suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment