Tuesday, 16 July 2013

NILAI MURNI C3



Tulis LIMA nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih 60 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Aliza tinggal di sebuah Bandar yang terletak di Kuala Lumpur. Pada setiap hari, dia akan pergi ke sekolah dengan menunggang basikal. Aliza mempunyai satu tabiat yang buruk iaitu suka menunggang basikalnya dengan sungguh laju.
Pada setiap pagi juga, dia tidak pernah mengemas bilik tidurnya sendiri. Dia amat malas. Di samping itu, dia kerap didenda oleh gurunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Pada suatu hari, Aliza telah terjumpa sebuah dompet. Aliza telah mengambil dompet itu dan menggunakan wang yang ada di dalam dompet itu. sikapnya itu amat buruk sekali. 

No comments:

Post a Comment