Tuesday, 16 July 2013

NILAI MURNI C10



Tulis LIMA nilai murni yang dapat kamu perolehi daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih  daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Setiap pagi, Adib  akan bangun awal untuk pergi ke sekolah. Selepas bersiap, dia akan menunggu bas di perhentian yang berhampiran dengan rumahya. Ini kerana dia pergi ke sekolah dengan bas. Semasa bas tiba, dia akan beratur untuk menaiki bas. 

Apabila sampai di perhentian lain, seorang perempuan yang mengandung telah menahan bas itu. Pada masa itu, kerusi di dalam bas telah penuh. Adib  pun bangun lalu mempelawa perempuan yang mengandung itu untuk duduk di kerusinya. Perempuan itu mengucapkan terima kasih kepadanya.

      Biasanya, Adib akan tiba di sekolah sebelum loceng berbunyi. Jikalau dia ternampak sebarang sampah berada di atas rumput atau di mana-mana sahaja, dia akan mengutip sampah itu. Adib lebih gemar kawasan sekolahnya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih.

NILAI MURNI C9



Tuliskan LIMA pengajaran yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.  Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

11 April 2010, Ahad

5.30 pagi        : Aku bangun daripada tidur. Selepas itu, aku ke bilik air untuk
                        membersihkan diri.

6.00 pagi        : Aku mengikut ibu dan bapaku berjoging di taman yang
                        berhampiran dengan rumahku. Aktiviti ini menjadi aktiviti
                        rutin kami setiap hari.

8.00 pagi        : Aku bersarapan bersama-sama orang tuaku. Ibu aku
                          menyediakan makanan yang berkhasiat untuk kami.

9.00 pagi        : Aku membaca surat khabar untuk mengetahui berita-berita
                        semasa dari dalam dan luar negara.

11.00 pagi      : Aku menghadiri kelas tambahan Bahasa Melayu. Subjek itu
                         telah diajarkan oleh Cikgu Shafikah.

2.00 petang : Aku melawat kawan baikku yang sedang sakit di rumahnya.
                          Aku pergi dengan menunggang basikal.

NILAI MURNI C7



Tuliskan LIMA  nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.  Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

            Encik Lokman tinggal di Jepun. Beliau bekerja sebagai arkitek di sana. Pada setiap bulan, beliau akan mengirimkan duit kepada ibu dan bapanya. Beliau mempunyai dua orang anak. Nama mereka ialah Asrul  dan Azean.
            Azean  suka menolong ibu dan bapanya. Azean  merupakan kakak kepada Asrul. Azean  selalu menasihati adiknya supaya menjadi anak yang baik. Asrul  pula sangat nakal. Dia tidak suka pergi ke sekolah. Dia lebih suka duduk di rumah dan bermain permainan video hingga berjam-jam lamanya.
            Ibu mereka bernama Puan Azlina. Setiap hari, ibu mereka akan memasak makanan yang berkhasiat untuk mereka sekeluarga. Pada Hari Raya, Asrul dan Azean  akan pulang ke kampung untuk berhari raya bersama nenek dan datuk mereka.

NILAI MURNI C6



Tuliskan LIMA nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.  Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
 
                        Azman tinggal di sebuah kampung yang terpencil. Pada setiap pagi, dia akan menyapu dedaun di halaman rumahnya. Azman masih mempunyai ibu dan bapa. Keluarga Azman tidak sekaya orang lain di kampungnya. Rezeki  keluarganya hanyalah cukup-cukup makan sahaja. Namun begitu, Azman tidak pernah merungut dengan keadaan keluarganya yang serba kekurangan.

            Setiap petang, dia akan bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Upah yang diperoleh akan digunakan untuk membeli buku-buku dan peralatan sekolahnya. Pada masa lapang, dia akan menebas semak-samun di belakang rumahnya. Tanah yang ada itu akan digunakan oleh Azman untuk menanam sayur-sayuran. Ibu bapanya amat bertuah kerana mempunyai anak seperti Azman.

NILAI MURNI C5



Tuliskan LIMA nilai murni yang kamu boleh dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.  Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
            Nabila ialah seorang murid tahun 6. Dia mempunyai ibu bapa yang berasa. Namun begitu, dia tidak pernah sombong dengan orang lain. Dia juga menyediakan sebuah jadual waktu untuk dirinya sendiri. Setiap hari, dia akan mengikut masa yang telah ditetapkan.
            Nabila  juga akan menggunakan masa senggangnya untuk melakukan perkara yang berfaedah. Apabila Nabila  memerlukan sesuatu, dia biasanya akan berusaha sendiri. Dia tidak pernah meminta bantuan orang lain untuk melakukan kerja untuknya. Contohnya, semasa ibunya tiada di rumah, dia tidak pernah meminta abangnya untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya, dia sendiri yang melakukan perkara tersebut.