SIFAT-SIFAT
MUSLIM MUKMIN
1: AKIDAH
YANG SEJAHTERA.
2: IBADAH YANG SAHIH.
3: AKHLAK YANG TERPUJI.
4: LUAS ILMU PENGETAHUAN.
5: SIHAT TUBUH BADAN.
6: MAMPU BERDIKARI.
7: MELAWAN NAFSU.
8: HORMATI MASA.
9: PENGURUSAN SISTEMATIK.
10: BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN.
2: IBADAH YANG SAHIH.
3: AKHLAK YANG TERPUJI.
4: LUAS ILMU PENGETAHUAN.
5: SIHAT TUBUH BADAN.
6: MAMPU BERDIKARI.
7: MELAWAN NAFSU.
8: HORMATI MASA.
9: PENGURUSAN SISTEMATIK.
10: BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN.
Sifat-sifat
yang perlu ada pada diri muslim mukmin ialah:
1. Kuat
tubuh badan dan tidak merosakkan badan.
Memeriksa
kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak makan dan minum sesuatu yang
memberi mudharat pada tubuh badan.
2. Akhlak
yang mantap
Akhlak
bercirikan peka serta sensitif,, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas,
menunai janji, berani, serius dan menjauhi teman buruk.
3. Fikiran
yang berpengetahun dan maklumat mampu untuk disampaikan kepada orang lain.
4. Mampu
berusaha walaupun kaya, perlu bekerja dengan betul dan sebaiknya.
5. Mengamalkan cara hidup yang sejahtera,
sentiasa redha, sentiasa muraqabah (menghampiri) kepada pencipta dan mengingati
mati (akhirat), memperbanyakkan zikir memuji pencipta. Menjaga kebersihan hati,
bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
6. Prinsip
dan amalan hidup yang benar-benar selamat dan sejahtera.
7. Mampu
melawan nafsu dan mengawal diri.
8.
Menghargai waktu dan menggunakannya dengan sebaiknya.
9. Sistematik
dan tersusun dalam urusan iaitu berjadual, memanfaatkan waktu dengan baik,.,
berdisplin dalam melaksanakan urusan dengan memberi hak-hak urusan dengan
sesuai. Melakukan urusan mengikut
keutamaan.
10. Berguna
untuk orang lain.dari kesesatan. Insan sepatutnya berasa gembira bila dapat membantu orang
lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke
arah kebaikan.
KEWAJIPAN SETIAP PARA MUSLIM MUKMIN (WAJIBAT
38)
Baca, Amal
dan Faham
Amalan-amalan
yang tertera dibawah perlukan satu pengorbanan yang konsisten. Pada permulaan,
mulakanlah dengan sedikit dan supaya konsisten supaya kita dapat keberkatan dan
kekuatan dari Allah swt. Setelah itu barulah kita melangkah lebih kehadapan dan
seterusnya.
1. Kamu
hendaklah mempunyai wirid al-Quran harian iaitu tidak kurang dari satu juzuk
sehari dan berusahalah agar kamu menghabiskannya dalam masa yang tidak lebih
dari sebulan dan tidak kurang dari tiga hari.
2. Hendaklah
kamu memperelokkan bacaan al-Quran kamu, mendengar dan mentadabbur
makna-maknanya. Hendaklah kamu memenuhi masa kamu dengan mempelajari seerah
yang suci dan juga sejarah para salaf, paling kurang dengan membaca kitab
‘Hummatul Islam’. Hendaklah juga kamu banyakkan membaca hadis Rasulullah s.a.w,
menghafal paling kurang 40 hadis dan seboleh-bolehnya hendaklah hadis 40
pilihan Imam Nawawi. Kamu juga hendaklah mempelajari usul aqidah dan
cabang-cabang fiqh.
3. Sentiasa
membuat pemeriksaan am kesihatan dan mendapat rawatan setiap penyakit yang
dihadapi, juga mementingkan unsur-unsur kekuatan dan pencegah penyakit jasmani
dan menjauhi unsur-unsur pembawa penyakit.
4. Jauhkan
dari terlampau banyak minum kopi, teh dan lain-lain minuman penyegar, jangan
sekali-kali minum minuman-minuman ini kecuali ketika darurat. Jangan sekali-kali
merokok.
5. Hendaklah
menjaga kebersihan dalam setiap perkara sama ada dalam tempat tinggal, pakaian,
makanan, badan dan juga tempat kerja. Agama dibina atas dasar kebersihan.
6. Hendaklah
bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.
7. Hendaklah
jujur dalam menunaikan segala janji dan kata-kata. Janganlah melanggarnya walau
apa pun jua keadaan.
8. Hendaklah
menjadi seorang yang berani dan tabah menanggung kesusahan. Keberanian yang
paling utama adalah berterus terang dalam perkara benar, merahsiakan perkara
yang rahsia, mengakui kesilapan sendiri dan insaf diri dan mampu mengawal diri
ketika marah.
9. Hendaklah
sentiasa warak, tenang dan seius. Kewarakan kamu tidak menghalang kamu dari
gurauan benar ataupun dari ketawa melalui senyuman.
10.
Hendaklah menjadi seorang yang pemalu dan sensitif, kuat terkesan dengan
kebaikan dan keburukan iaitu bergembira dengan kebaikan dan sedih dengan
keburukan. Hendaklah juga menjadi seorang yang tawadhuk dalam perkara yang
bukan mendatang kehinaa, ketundukkan dan pendustaan. Hendaklah meminta kurang
dari kedudukan anda agar kamu dapat mencapainya.
11.
Hendaklah sentiasa adil dan benar dalam setiap keputusan yang diambil dalam apa
jua keadaan. Kemarahan kamu kepada sesuatu perkara janganlah melupakan kamu
akan kebaikan-kebaikan yang ada. Begitu juga perasaan redha kamu pada satu
perkara janganlah menutup segala kejahatan yang ada. Janganlah pertelingkahan
kamu menjadikan kamu melupakan segala nilai murni. Bercakap benarlah walaupun
dalam perkara yang menyentuh diri sendiri ataupun menyentuh orang yang terdekat
dengan kamu sekalipun perkara yang kamu tidak sukai.
12.
Hendaklah menjadi seorang yang sentiasa cergas, ringan tulang dalam khidmat
awam, gembira dan riang jika dapat memberikan bantuan dan khidmat kepada orang
lain. Ziarahilah orang sakit, bantulah orang yang berhajat, menanggung orang
yang lemah, membantu orang yang ditimpa kemalangan walaupun hanya dengan
perkataan yang baik, juga sentiasalah bersegera dalam amalan kebaikan.
13.
Hendaklah menjadi seorang yang penyayang, memuliakan, pemaaf dan pengampun dan
berlembut dengan manusia mahupan binatang. Hendaklah mempunyai interaksi dan
akhlak yang elok dengan semua manusia, memelihara adab Islam dan
kemasyarakatan, mengasihi kanak-kanak, memuliakan dan menghormati orang tua,
melapangkan majlis, tidak menyelinap dan merisik hal orang lain, tidak
mengumpat dan bertempik-tempik, meminta izin jika ingin masuk dan keluar dan
lain-lain lagi.
14. Mampu
membaca dan menulis dengan baik, banyak mentelaah risalah-risalah, akhbar dan
majalah ‘kita’. Hendaklah membuat perpustakaan sendiri walaupun kecil.
Hendaklah kamu menjadi seorang yang pakar dalam bidang ilmu dan seni anda jika
kamu seorang ahli takhassus. Hendaklah kamu menguasai hal ehwal am Islam yang
membolehkan kamu memahaminya dan memutuskan sesuatu huku yang bertetapan dengan
kehendak fikrah kita.
15.
Hendaklah berkecimpung dalam kerja ekonomi walaupun banyak mana harta kamu.
Hendaklah melebihkan kerja sendiri walaupun dengan pendatapan yang kecil, juga hendaklah
menumpukan segala usaha kamu kepadanya walaupun setinggi mana tahap pencapaian
akademik kamu.
16. Jangan
terlalu mengharapkan kerja dengan kerajaan dan hendaklah kamu
menganggapnya sebagai pintu rezeki yang
paling sempit. Jangan pula kamu menolaknya jika kamu diberikan peluang.
Janganlah kamu melepaskannya kecualilah jika ia bertentangan secara langsung
dengan kewajipan dakwah.
17. Pastikan
kamu melakukan pekerjaan kamu dengan seelok-eloknya, penuh ketekunan, dedikasi,
tidak menipu dan tepat pada masanya.
18.
Hendaklah kamu menjadi seorang yang bijak menunaikan hak-hak kewajipan kamu,
hendaklah menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna tidak ada kekurangan
dan tidak sekali menangguh-nangguh.
19.
Hendaklah menjauhi diri dari sebarang jenis perjudian walaupun apa tujuan lain
disebaliknya, jauhkanlah diri dari segala punca pendapatan yang haram walaupun
sebanyak mana keuntungan segera yang akan diperolehi.
20. Jauhkan
diri dari riba dalam segala bidang muamalah dan bersihkan diri anda keseluruhannya
dari riba.
21.
Hendaklah memberikan khidmat positif kepada perkembangan ekonomi Islam dengan
mendokong segala kilang-kilang dan binaan-binaan ekonomi Islam. Jagalah setiap
sen duit kamu agar jangan terjatuh ke tangan pihak bukan Islam walau apa jua
keadaan. Janganlah kamu makan dan pakai kecuali dari makanan dan pakaian buatan negara Islam kamu sendiri.
22.
Hendaklah kamu memberi saham sebahagian dari harta kamu untuk dakwah,
menunaikan zakat yang diwajibkan ke atas kamu dan jadikahlah ia sebagai hak
yang maklum kepada orang yang berhajat dan ketiadaan harta benda, walau sekecil
manapun pendapatan kamu.
23.
Hendaklah mempunyai simpanan harta walaupun sedikit untuk masa kecemasan dan
jangan sekali-kali terjerumus dalam membelanjakannya kepada perkara yang
bersifat bermewah-mewah.
24.
Hendaklah berusaha sedaya upaya untuk menghidupkan segala ada-adat Islam dan
mengahapuskan adat-adat asing dalam seluruh aspek kehidupan. Antaranya:
adat-adat yang bersangkutan dengan salam alu-aluan, bahasa, sejarah, fesyen,
perkakas rumah, jadual kerja dan rehat, makan dan minum, jadual sampai dan
bertolak, kesedihan dan kesukanan dan sebagainya. Hendaklah kamu sentiasa
merujuknya daripada sunnah Rasulullah s.a.w.
25.
Hendaklah kamu memulaukan segala mahkamah sivil dan setiap hukuman yang tidak
menepati Islam, memulaukan sepenuhnya kelab-kelab, media massa, kumpulan,
sekolah-sekolah dan pertubuhan yang menentang fikrah kita.
26. Sentiasa
bermuraqabah kepada Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia untuknya. Hendaklah
kamu melakukan segala perkara yang menyampaikan kamu kepada keredhaan Allah
dengan penuh kebanggaan dan keazaman. Hendaklah mendekatkan diri kepada Allah
dengan ibadat-ibadat sunat seperti qiamullail, berpuasa sekurang-kurangnya tiga
hari sebulan, memperbanyakkan zikir hati dan lidah dan menyertakan doa yang
muktabar dalam setiap keadaan.
27.
Hendaklah kamu sentiasa menjaga kesucian badan kamu dan sentiasa berada dalam
keadaan berwuduk kebanyakkan waktu.
28.
Perelokkan solah kamu, sentiasa mengerjakannya
pada waktunya dan menjaganya agar ditunaikannya secara berjamaah dan di masjid
sekadar kemampuan kamu.
29.
Hendaklah berpuasa Ramadhan, mengerjakan haji jika mampu dan berusaha ke
arahnya jika kamu masih belum ada kemampuan mengerjakan haji.
30. Sentiasalah
sematkan niat untuk berjihad dan perasaan mencintai syahid dalam hati dan
bersedialah untuk itu sedaya upaya kamu.
31.
Hendaklah sentiasa memperbaharui taubat, sentiasa beristighfar, melepaskan diri
dari dosa-dosa kecil tambahan pula dosa-dosa besar. Hendaklah kamu
memperuntukkan sedikit masa untuk menghitung amalan samada baik atau tidak
sebelum tidur, berwaspada dari membuang masa kerana masa adalah kehidupan,
tidak menghabiskannya dalam perkara yang tidak berfaedah dan hendaklah kamu
warak dalam perkara yang syubhat supaya kamu tidak terjerumus dalam perkara
yang haram.
32.
Hendaklah kamu berjihad keras melawan nafsu kamu supaya kamu dapat mengawalnya,
hendaklah kamu menundukkan pandangan kamu, mengawal perasaan kamu, melawan
dorongan nafsu syahwat dalam diri kamu dan hendaklah sentiasa mencari perkara
yang halal dan baik dan menghalang kamu dari melakukan perbuatan yang haram.
33.
Hendaklah kamu menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari arak dan perkara yang
memabukkan dan menghilangkan kewarasan dan yang seumpamanya.
34.
Hendaklah kamu menjauhkan diri kamu dari kawan yang jahat dan merosakkan begitu
juga dari tempat-tempat maksiat dan dosa.
35.
Hendaklah kamu memerangi tempat-tempat yang melalaikan lebih-lebih lagi dari
mendekatinya. Kamu juga hendaklah menjauhkan diri dari segala bentuk kemewahan.
36.
Hendaklah kamu mengenali dengan terperinci setiap individu dari kalangan
anggota katibah kamu dan juga kenalkan diri kamu secara terperinci kepada
mereka. Tunaikanlah hak-hak persaudaraan secara sempurna seperti kasih sayang,
menghargai saudara, bantu membantu dan melebihkan mereka dari diri kamu sendiri
(ithar). Hedaklah kamu sentiasa menghadiri perjumpaan mereka dan janganlah
ponteng darinya, kecualilah dengan sebab keuzuran yang memaksa. Hendaklah
sentiasa melebihkan mereka dalam setiap interaksi kamu.
37.
Hendaklah merungkaikan segala ikatan kamu dengan segala pertubuhan atau jemaah
yang tidak ada hubung kait dengan kepentingan fikrah kamu khasnya jika kamu
diperintahkan sedemikian.
38. Berusahalah
untuk menyebarkan dakwah kamu ke setiap pelusuk bumi ini dan hendaklah sentiasa
memberitahu pimpinan kamu apa sahaja keadaan yang kamu hadapi dan janganlah
membuat sesuatan yang memberikan kesan yang besar kecuali dengan izin,
hendaklah sentiasa berada dalam hubungan samada ruh atau amali dengan pimpinan.
Hendaklah kamu sentiasa menganggap diri kamu sebagai seorang tentera di
bereknya yang sentiasa bersedia menunggu arahan.
No comments:
Post a Comment