RINGKASAN KULIAH RBT3105: KAEDAH MENGAJAR KHSR
BAHAN BANTU MENGAJAR
DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Setiap
orang guru memerlukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai bagi memastikan
penyampaiannya benar-benar berkesan khususnya kepada murid-murid di peringkat
sekolah rendah. Sekurang-kurangnya seseorang guru itu akan menggunakan papan
tulis sebagai BBM yang paling asas dalam pengajarannya. Perkembangan dalam
bidang sains dan teknologi telah menghasilkan pelbagai peralatan dan bahan yang
serba moden lagi canggih yang boleh digunakan oleh guru dengan lebih menarik
dan berkesan. BBM digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
tujuan untuk
·
menarik
perhatian murid
·
menghasilkan
sesi pembelajaran yang konkrit
·
memberikan
pengalaman sebenar kepada murid
·
mengukuhkan
sesuatu konsep yang dipelajari oleh murid
·
memudahkan
kefahaman murid terhadap pengajaran guru
·
meneguhkan
ingatan pelajaran oleh murid terhadap pengajaran guru
·
menunjukkan
peringkat atau proses yang tidak boleh diperhatikan secara terus
BBM
boleh digunakan dengan berbagai cara di dalam kelas. Penggunaannya bergantung
kepada jenis BBM tersebut, suasana atau keadaan fizikal bilik darjah yang
digunakan serta bilangan dan tahap kebolehan murid atau tahun persekolahan
murid yang menjadi sasaran pengajaran guru. Secara umumnya, di antara kaedah
penggunaan BBM oleh guru di dalam kelas adalah seperti yang berikut:
·
Gantungkan pada tempat
yang sesuai dan mudah dilihat.
·
Pamerkan
BBM yang berbentuk carta atau gambar secara keseluruhan atau mengikut bahagian
yang perlu sahaja merujuk kepada isi pelajaran yang sedang diajar
·
Letakkan BBM yang
berbentuk bahan maujud pada satu tempat yang sesuai dan dapat dilihat oleh
semua murid dari semua sudut.
·
Jika bahan BBM tersebut
memerlukan penglibatan murid untuk menggunakannya, arahan perlu diberikan
dengan jelas dan terang tentang cara-cara menggunakan bahan atau alat tersebut
dengan betul dan selamat.
·
BBM ditunjukkan kepada
murid hanya pada masa ia digunakan untuk membantu pengajaran sahaja sahaja.
Pada masa yang tidak berkaitan, BBM lebih elok disimpan atau diletakkan
ditempat-tumpat yang tidak menjadi tumpuan murid.
·
Penggunaan BBM perlu
diikuti dengan penerangan dan bimbingan serta menguatkan dengan fakta-fakta
yang berkaitan semasa ke semasa.
·
Semua
BBM hendaklah dikumpul dan disimpan ditempat yang ditetapkan setiap kali
selesai digunakan.
Perkembangan
semasa telah menjadikan peralatan ICT begitu kerap digunakan sebagai salah satu
BBM. Peralatan ICT seperti komputer membolehkan pula guru dan murid mengakses pelbagai
sumber dan maklumat melalui internet. Sumber dan maklumat yang terlalu banyak
dan mudah diperolehi melalui internet tidak semuanya boleh dirujuk sebagai
sumber yang betul dan tepat. Oleh itu guru perlu bijak membuat penilaian dan
memilih sumber rujukan yang boleh dipercayai di internet. Sesuatu bahan sumber
atau maklumat yang berasaskan internet boleh dinilai kesahihannya berdasarkan
ciri-ciri seperti yang berikut:
·
Ketepatan (Accuracy) Maklumat:
Kandungan bahan sumber atau maklumat yang dinyatakan didapati tepat dan terdapat unsur-unsur kebertanggungjawaban.
Kandungan bahan sumber atau maklumat yang dinyatakan didapati tepat dan terdapat unsur-unsur kebertanggungjawaban.
·
Bukti dan keterangan pengarang
(Autority):
Kelayakan dan reputasi pengarang yang menerbitkan bahan sumber atau maklumat tersebut dinyatakan dengan jelas beserta ditunjukkan juga sumber rujukannya.
Kelayakan dan reputasi pengarang yang menerbitkan bahan sumber atau maklumat tersebut dinyatakan dengan jelas beserta ditunjukkan juga sumber rujukannya.
·
Berobjektif (Objectivity):
Bahan sumber atau maklumat yang dipaparkan menepati keperluan semasa berdasarkan catatan tarikh yang ditunjukkan.
Bahan sumber atau maklumat yang dipaparkan menepati keperluan semasa berdasarkan catatan tarikh yang ditunjukkan.
·
Liputan (coverage):
Liputannya yang komprehensif, ekstensif dan intensif di mana sebaran bahan sumber atau maklumat tersebut adalah untuk pengguna yang luas dengan isi maklumatnya yang jelas dan terperinci.
Liputannya yang komprehensif, ekstensif dan intensif di mana sebaran bahan sumber atau maklumat tersebut adalah untuk pengguna yang luas dengan isi maklumatnya yang jelas dan terperinci.
PENGAJARAN MIKRO dan MAKRO
Pengajaran Mikro dan
Makro adalah suatu bentuk Latihan Mengajar yang pada kebiasaan dilaksanakan di
dalam kampus sebelum pelajar melaksanakan aktiviti Latihan Mengajar yang
sebenarnya (Praktikum) di sekolah. Melaksanakan aktiviti pengajaran mikro dan
makro boleh juga disifatkan sebagai latihan mengajar secara simulasi di mana
segala persiapan dan pelaksanaannya dilakukan seperti aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sebenar di sekolah. Apa yang membezakannya ialah bilik darjah yang
digunakan itu bukanlah bilik darjah yang sebenar dan muridnya juga bukanlah
bilik sebenar sebaliknya menggunakan rakan-rakan pelajar sendiri yang cuba
berlakon menggayakan seperti murid.
Dalam aktiviti pengajaran
mikro dan makro, perhatian akan lebih tertumpu kepada kemahiran variasi rangsangan. Di antara kemahiran
variasi rangsangan yang dimaksudkan ialah:
·
Pelbagai perubahan pergerakan langkah guru
Pergerakan guru yang sentiasa berubah dari kiri ke kanan, dari depan ke belakang dan sebagainya supaya tidak kelihatan statik pada satu tempat sahaja.
Pergerakan guru yang sentiasa berubah dari kiri ke kanan, dari depan ke belakang dan sebagainya supaya tidak kelihatan statik pada satu tempat sahaja.
·
Pelbagai perubahan pergerakan anggota badan guru
Pergerakan anggota badan guru yang sentiasa berubah seperti pergerakan tangan, kaki, kepala, bahu dan lain-lain bahagian badan yang dapat menarik perhatian dan tumpuan murid.
Pergerakan anggota badan guru yang sentiasa berubah seperti pergerakan tangan, kaki, kepala, bahu dan lain-lain bahagian badan yang dapat menarik perhatian dan tumpuan murid.
·
Perubahan intonasi suara guru
Intonasi suara ialah nada suara guru yang sentiasa berubah iaitu dari nada rendah ke tinggi, lantang ke perlahan hingga senyap dan sebaliknya juga akan dapat menarik perhatian murid dan boleh menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.

Perubahan fokus deria murid
Selain melibatkan perubahan kepada tingkah pergerakan guru, perubahan kepada fokus deria murid juga sangat berperanan untuk menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Melalui aktiviti tertentu guru boleh saling mengubah fokus deria murid-murid antara deria mendengar, melihat, merasa, menyentuh dan bau.

Perubahan bentuk lisan murid
Perubahan bentuk lisan murid melibatkan bersoal-jawab, membaca dan bercerita atau bertutur.
Perubahan bentuk lisan murid melibatkan bersoal-jawab, membaca dan bercerita atau bertutur.
·
Perubahan suasana fizikal murid
Selain perubahan bentuk lisan, guru juga melalui aktiviti tertentu boleh mengubah suasana fizikal murid dengan memberikan mereka latihan atau arahan duduk, berdiri, menulis, melukis, berlakun dan sebagainya.

KEMAHIRAN ASAS KAJIAN MASA DEPAN
Kemahiran Asas Kajian Masa Depan merupakan elemen yang sangat sesuai
digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran KHSR.
Di antara aktiviti yang sesuai dilaksanakan ialah aktiviti buka pasang bagi alat-alat tertentu seperti lampu suluh, robot,
permainan Lego dan sebagainya. Semua aktiviti ini perlu melalui langkah-langkah
utama seperti berikut:
- Menyenaraikan semua komponen yang terdapat dalam alatan yang akan digunakan sebagai aktiviti pembelajaran.
- Sama ada dalam kumpulan atau individu murid-murid secara kreatif perlu berfikir dan dan bertukar fikiran untuk mengenal pasti fungsi dan bagaimana ia berfungsi bagi setiap komponen yang telah disenaraikan.
- Murid-murid kemudiannya perlu memasang semua komponen supaya menjadi alatan atau objek tertentu secara bebas atau seperti yang ditetapkan oleh guru dan seterusnya menguji sama ada ia dapat berfungsi seperti yang sepatutnya atau sebaliknya.
- Setelah siap dipasang dan diuji, murid-murid diberi peluang berfikir dan membuat ramalan secara bebas dan kritis akan kesan dan akibat berasaskan projek tersebut dengan mengambil kira situasi semasa dan ramalan masa depan. Murid juga perlu diberi peluang memberi cadangan atau idea penambahbaikan berdasarkan aras pemikiran mereka.
STRATEGI, KAEDAH dan TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Konsep:
Strategi pengajaran dan
pembelajaran dirancang dengan mengambil kira keperluan untuk menetapkan Hasil
Pembelajaran, mengenalpasti keperluan BBM, menyusun langkah-langkah dan
aktiviti pembelajaran ke arah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dan
memikirkan usaha-usaha penambahbaikan bagi meningkatkan lagi keberkesanan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada sesi yang berikutnya.
Strategi, Kaedah dan Teknik:
Terdapat pelbagai pendekatan
dan kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya pendekatan atau kaedah dirujuk kepada tiga iaitu
Berpusatkan Guru, Berpusatkan Murid dan Berpusatkan Bahan. Setiap satu
mempunyai kelebihannya masing-masing.
Kaedah Berpusatkan Guru
adalah amalam konvensional yang biasa digunakan oleh guru sejak dahulu.
Berpusatkan pelajar
merupakan kaedah yang sangat ditekankan pada masa ini kerana ia memberi lebih
peluang kepada untuk meneroka, menimbulkan persoalan dan menemui jawapan mereka
sendiri melalui rujukan dari pelbagai sumber di mana guru hanya berfungsi sebagai
fasilitator, membimbing dan mengawal suasana pembelajaran dan akhirnya membuat
rumusan dan kasimpulan terhadap apa yang telah dipelajari.
Kelebihan bagi
kaedah yang berpusatkan bahan pula akan memberi peluang kepada murid untuk
memilih sendiri pelbagai bahan yang berkaitan yang ingin
mereka gunakan dalam sesuatu sesi pembelajaran. Dengan ini ia akan dapat
merangsang minat murid untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih aktif, tekun
dan menyeronokkan. Di samping itu ia dengan sendirinya memberi peluang kepada
murid merasai pengalaman membina ilmu dan kemahiran diri sebagai satu proses
pembelajaran yang menarik dan berkesan.
Dalam mana-mana kaedah sekali pun, aktiviti soal
jawab adalah sangat penting bagi mengenal pasti masalah murid, menguji tahap
kefahaman murid dan untuk mengukur pencapaian hasil pembelajaran. Selain itu
sesi soal-jawab bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk memberikan
pendapat dan pandangan mereka, memperoleh pelbagai jawapan murid, penglibatan
murid yang lebih aktif dan menyeluruh dan untuk meningkatkan tahap keyakinan
murid
No comments:
Post a Comment