MODEL ASSURE
Pengenalan
Penggunaan kaedah, cara dan model pengajaran adalah penting dalam
menentukan objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai
diperlukan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan bahan pengajaran kepada
murid. Diharapkan murid akan lebih jelas, faham dan berkesan serta objektif
pengajaran pada hari itu dapat dicapai. Model pengajaran yang tepat dapat
membantu guru melaksanakan pengajaran dengan berkesan dan murid menerima
pengajaran dengan mudah serta memahami apa yang diajar oleh guru.
Proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan serta mudah mencapai objektif
sekiranya perancangan yang baik dilakukan. Seseorang guru perlu memahami dan
mengetahui perkara yang hendak diajar sebelum, semasa dan selepas pengajaran.
Perancangan yang rapi amat diperlukan agar pengajaran dan pembelajaran
dijalankan berkesan dan menjadi daya tarikan murid untuk memberi tumpuan dan
mudah menerima ilmu yang diajar oleh guru. Oleh itu, model ASSURE adalah dicadangkan.
Model ASSURE
Model
ASSURE dicadangkan penggunaannya di dalam bilik darjah kerana model ini sangat
meluas penggunaannya dikalangan guru-guru untuk merancang pembangunan media
instruksional secara sistematik.
Model ASSURE merupakan singkatan kepada:
Analyze
Learners (Analisa pelajar)
Ciri
pertama adalah menganalisa pelajar. Sesuatu bahan yang dibina oleh guru perlu
mengenalpasti pelajar dari segi umur, latar belakang sosioekonomi, kebolehan
dan pengetahuan sedia ada. Murid pasif perlu ada bahan yang mampu menarik minat
pelajar. Analisa pelajar ini penting
supaya bahan yang dibina mencapai objektif guru.
Pada tahap ini, masalah pengajaran, objektif
dan matlamat pengajaran perlu diteliti dahulu. Soalan seperti berikut boleh
dijadikan panduan:
a.
Siapa kumpulan sasar?
b.
Apakah cirri-ciri mereka?
c.
Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai?
d.
Berapa lama tempoh perlaksanaan?
Maklumat pelajar ini boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar atau
berinteraksi secara bersemuka dengan murid. Guru akan dapat mengetahui harapan,
sikap, latar belakang, aras kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid terhadap
tajuk tertentu. Maklumat juga boleh diperolehi melalui ujian dan interaksi
bekaitan beberapa soalan mudah berkaitan tajuk. Guru juga dapat menentukan
bahawa murid memperoleh maklumat samada daripada buku rujukan atau pendedahan
melalui majalah dan televisyen.
Proses
menganalisa murid penting kerana berdasarkan maklumat ini guru mampu membangunkan
bahan yang baik dan bersesuaian dengan latar belakang murid. Penghasilaan bahan
yang sesuai mampu membantu murid memahami dan mengenal pasti maklumat
pembelajaran berkaitan tajuk dengan mudah. Model yang tepat, penganalisaan guru
yang betul dan kebolehan guru menyampaikan maklumat dengan baik akan mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik di dalam bilik darjah
seterusnya mencapai objektif pembelajaran tajuk tersebut.
State
Objectives (Nyatakan objektif)
Guru perlu menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang mahu
dicapai. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan
dicapai. Sebelum pembelajaran bermula, menentukan objektif adalah penting
supaya guru dapat menetapkan sasaran yang mahu dicapai dan seterusnya
menetapkan apa yang murid perlu dapat. Yusup.(2006).p.7. Objektif haruslah
berdasarkan peringkat prestasi atau hasilan yang ingin di capai.
Objektif yang jelas mampu
membantu guru fokus kepada yang sepatutnya dipelajari dan dikuasai oleh
pelajar. Penggunaan kaedah dan bahan yang bersesuaian mudah dipilih oleh guru
kerana guru telah menetapkan objektif
terhadap pengetahuan, kemahiran, dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh
pelajar.
Secara
langsung, objektif pengajaran amat penting untuk dicapai kerana ia memberi panduan untuk guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga
pemilihan bahan bantu mengajar dalam aktiviti murid turut dapat membantu mencapai
objektif. Oleh itu, analisa guru, pemilhan bahan, penetapan objektif dan
pelaksanaan pengajaran yang berkesan mampu mencapai objektif pengajaran sesuatu
tajuk.
Select
Methods, Media and Materials (Memilih kaedah, media dan bahan)
Memilih kaedah, media dan bahan merupakan salah satu cirri model ASSURE.
Guru perlu mengetahui tahap kebolehan murid dan objektif pembelajaran yang
ingin dicapai dalam menentukan proses pemilihan, membaiki dan mengubahsuai
media atau bahan.
Sebelum sesuatu tajuk diajar, guru perlu memilih dahulu kaedah, media
dan bahan yang sesuai untuk memastikan objektif pembelajaran bagi tajuk
tersebut tercapai.
Memilih
kaedah yang sesuai dalam sesuatu pengajaran daripada pelbagai kaedah adalah
penting untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti
set induksi, pengenalan kepada konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan. Guru
perlu mampu menarik perhatian murid kepada set induksi yang berteraskan
pengetahuan sedia ada murid. Kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi boleh
dijalankan sebagai satu kaedah mencungkil pengetahuan yang baru.
Memilih
media yang sesuai dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran merupakan
faktor yang penting yang membolehkan mesej atau maklumat dapat disampaikan
dengan berkesan. Media yang sesuai seperti tayangan CD, televisyen, komputer
dan gambar statik. Media yang dipilih perlu sesuai dengan kebolehan murid.
ASSURE
mencadangkan 5 prinsip dalam penggunaan media iaitu “preview” media, memastikan
media tidak bermasalah, menentukan lokasi, menentukan pelajar serta memastikan
media tersebut mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. Penggunaan
media berdasarkan 5 prinsip di atas
mampu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Walau
bagaimanapun kos dan waktu pengajaran perlu diambil kira. Adakalanya media yang
bersesuaian dengan topik tidak dapat dipertontonkan pada waktu mata pelajaran
tersebut.
Memilih bahan sumber pengajaran dan pembelajaran perlu berpandukan
kepada isi pelajaran yang menjadi matlamat pembelajaran. Bahan yang boleh
dipilih seperti buku teks, carta, dan lembaran latihan.
Bahan yang tidak melibatkan pelajar secara
aktif akan menyebabkan pelajar pasif dan tidak efektif. Pemilihan dan
penyediaan bahan yang kreatif dan mempu merangsang pelajar dapat memupuk minat
dan budaya berfikir. Oleh itu, penyediaan bahan mengikut model ASSURE mampu
merangsang tingkah laku dan minda pelajar. Hal ini amat diperlukan dalam
pengajaran dan pembelajaran seterusnya mencapai objektif guru.
Utilise
media and materials (Gunakan media dan bahan)
Penggunaan
media dan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana
penggunaan bahan dan media yang betul akan dapat menentukan keberkesanan proses
pembelajaran tersebut. Mencari sumber maklumat melalui internet dalam
menyediakan bahan adalah salah satu penggunaan yang baik. Guru juga boleh
menggunakan ninternet semasa mengajar. Buku teks, carta visual dan lembaran
latihan juga boleh diaplikasikan.
Pemilihan dan penggunaan bahan dan media
akan menjadi daya penarik dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk
pembelajaran pelajar. Namun begitu dalam pemilihan dan penggunaan bahan dan
media, guru perlu memastikan kesesuaian dengan pengalaman sedia ada murid.
Sekiranya murid tidak pernah melayari internet, sekiranya pengajaran dan
pembelajaran berjalan, murid akan ketinggalan dan menjdai bosan.
Walaupun pelbagai media boleh digunakan,
guru perlu mempertimbangkan media yang sesuai seperti tayangan CD kerana ia
lebihb menarik dan mampu memberi gambaran sebenar dan jelas tentang sesuatu
tajuk. Oleh itu guru perlu bersedia dengan pilihan lain seperti rakaman atau
siaran tertunda.
Guru perlu diingatkan supaya menentukan arah tuju pengajaran dan
pembelajaran. Pada masa kini penggunaan bahan capaian daripada internet,
e-learning, online learning, laman web dan sebagainya sudah lumrah digunakan.
Namun begitu kawalan, ubah suai, tambah baik dan baik pulih perlu dipastikan
agar sesuai dengan situasi semasa.
Require
learner and participation (Tindak balas pelajar)
Bagi
memastikan proses pembelajaran berjalan, murid perlu terlibat aktif dalam
aktiviti pembelajaran. Kaedah ini dinamakan pembelajaran berpusat murid. Antara
aktiviti yang boleh dilakukan adalah kuiz, latih tubi, kerja berkumpulan,
perbincangan, latihan dan projek. Pembelajaran berpusat murid mampu merangsang
minda dan tingkah laku murid. Contohnya aktiviti melabel berdasarkan
bahagian-bahagian pokok, nama bandar, nama haiwan, dan peta Malaysia. Aktiviti
ini mampu mencetuskan pengalaman baru kepada murid. Ini kerana murid
mempelajari sesuatu yang baru berbanding hanya guru yang menerangkan sesuatu
tempat.
Pengukuhan serta merta perlu diberikan
kepada murid yang member tindak balas yang betul. Ini sebagai satu kaedah
merangsang atau motivasi kepada murid untuk menarik minat seterusnya turut
terlibat aktif dalam aktiviti di dalam bilik darjah. Murid pasif juga akan
menjadi terikut untuk turut sama terlibat. Walau bagaimanapun, guru perlu
memastikan kaalan kelas dalam keadaan baik agar tidak berlaku proses
pembelajaran menjadi tidak terkawal yang boleh menyebabkan objektif
pembelajaran tidak kesampaian.
Bahan atau media yang digunakan
sekiranya tidak mampu menarik minat
murid secara aktif sebenarnya kurang membantu murid dan tidak efektif untuk
dilaksanakan. Oleh itu, penyediaan bahan yang kreatif dan mampu menarik minat
murid secara tidak langsung memupukm budaya berfikir murid seterusnya
memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Oleh sebab itu, guru perlu
memastikan bahan dan media yang dipilih berasaskan model ASSURE perlu dapat
merangsang tingkah laku dan minda murid sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran.
Evaluate and
revise (Menilai dan menyemak semula bahan)
Menilai
ialah satu proses untuk melihat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan di dalam bilik darjah. Penilaian boleh dilakukan setelah
selesai proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian berasaskan juga
keberkesanan atau kekuatan bahan dan media yang dipilih serta pencapaian murid
mengikut aras kebolehan.
Setelah
tamat proses pengajaran dan pembelajaran, penilaian perlu dilakukan untuk
melihat kekuatan dan kelemahan serta keberkesanan bahan dan media secara
menyeluruh agar penambah baikan dapat dijalankan supaya penggunaan media dapat
dilaksanakan semaksimum mungkin dalam pembelajaran.
Beberapa
aspek perlu difikirkan dalam menentukan pencapaian penilaian seperti yang
dinyatakan oleh Yusup.(2006):
a.
Adakah objektif tercapai?
b.
Adakah alat atau bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan
pembelajaran?
c.
Adakah kesemua pelajar menggunakan alat atau bahan media dangan betul?
d.
Adakah suasana pembelajaran selesa?
e.
Adakah peluang pemerhatian individu diberi?
Proses
menilai sesuatu bahan media berlaku sebelum, semasa dan selepas menghasilkan
bahan media tersebut. Proses pembaikan perlu dilakukan agar bahan media
tersebut benar-benar sesuai dengan murid
seterusnya menepati objektif pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan. Penilaian boleh dilakukan secara lisan atau tulisan, secara
formatif atau sumatif. Menilai bahan media yang dibina amat perlu kerana guru
mampu melihat kekuatan dan kelemahan bahan media tersebut. Seterusnya guru mampu
menambah baik mana yang lemah dan memperkukuh mana yang sesuai. Perlu menilai
juga bahan media tersebut mengikut aras kebolehan murid. Oleh sebab itu,
pemerhatian individu perlu ditekankan agar tiada murid yang tertinggal dalam
penyediaan atau pembinaan bahan media.
Oleh itu
guru perlu sentiasa peka dan kreatif dalam menilai murid, bahan media
pencapaian objektif. Pemerhatian yang berterusan dapat mengesan sebarang
kelemahan dalam penyediaan bahan. Kelemahan penyediaan bahan mampu menggagalkan
objektif pembelajaran. Kealpaan memerhati murid mampu membiarkan murid pasif
terus pasif. Murid pandai pula akan menguasai ruang tanpa memberi peluang
kepada murid lain.
Adakalanya perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan hebat dan
sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan. Justeru, guru perlu mencuba
perancangan pengajaran terhadap sekumpulan kecil murid untuk mendapatkann
maklum balas keberkesanan dan mencari kelemahan perancangan tersebut.
Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang akan diambil
terhadap perkara yang dinilai. Pencapaian murid boleh diketegorikan sebagai
rujukan criteria mengikut objektif yang ditetapkan, dari segi kemahiran
diperoleh dan sikap murid selepas pengajaran dan pembelajaran. Murid boleh
menjawab soalan pemahaman atau berstruktur. Model ASSURE amat menekankan
penilaian formatif dan juga sumatif.
Kesimpulan
Model
ASSURE mempunyai asas yang kukuh dijadikan panduan pembinaan bahan media
pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana
berdasarkan kajian lalu, model ini bukan sahaja memberi panduan kepada guru
dalam pengajaran dan pembelajaran malahan cirri-ciri yang terkandung dalam
model ini mampu mengubah tanggapan pelajar terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang selalu diperkatakan sebagai membosankan.
Sekiranya model ASSURE ini diguna pakai sepenuhnya dalam menyedia dan
membina bahan media untuk pengajaran dan pembelajaran, sudah sepastinya
murid-murid akan senantiasa menunggu kedatangan guru untuk mengajar. Pengajaran
akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan.
Oleh itu kemahiran guru dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan objektivisme atau kontruktivisme akan memastikan
hasil pembelajaran pada hari tersebut tercapai. Persediaan dan peralatan bantu
mengajar amat penting agar murid berasa seronok mengikuti pengajaran mata
pelajaran tersebut. Samada pengajaran berpusat guru atau murid, pelaksanaan
aktiviti dan penglibatan aktif murid dapat dilihat berdasarkan minat murid
terhadap pengajaran guru itu. Sekiranya murid kelihatan pasif, maka guru
tersebut gagal, pengajaran dan pembelajaran juga gagal mencapai matlamatnya.
Pastikan guru memahami dan mahir pengajaran
bermatlamat objektivisme dan kontruktivisme. Kegagalan memahami konsep
tersebut, bermakna guru mengajar tanpa
matlamat. Murid juga tidak terarah.
Pengajaran akan jadi syarahan. Pada akhir pengajaran, murid tidak mencapai
apa-apa dan guru dikatakan syok sendiri.
No comments:
Post a Comment