20 Amalan Pemurah Rezeki.
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,
seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk
menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup
kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan
kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang
hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada
hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Rasulullah
SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan
segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari
arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat
dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda
Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana
dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah SWT
Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan
kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman.
Firman-Nya: “...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka
menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati
Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya
rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW : “Apabila hamba itu meninggalkan
berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah)
daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah
menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir
miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW
: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan
kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan
rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW :
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Hadis Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu
memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh
makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,
menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain
mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka
hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta
pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
SWT. Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari
hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina
Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab
Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai
Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim
oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.
Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah
membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan
baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan
memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang
dan doanya dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang
sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.
Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada
waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu
pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat
dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya!
Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya
jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan
kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah ali-Imran, ayat 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna
selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat
khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat
128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat,
dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan)
dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah,
bukalah hati kami untuk mengenali-Mu,
bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan
ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah,
penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya,
nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam
satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada
orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari
sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.
Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya
sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang
baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik,
hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa
kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya
Allah mencukupkan (keperluannya).” (Surah at-Thalaq, ayat 3)
Nabi SAW bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada
Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung
diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat
Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban,
al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang
membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala
perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki
dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa.
Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi
hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Renung-renungkan dan marilah kita sama-sama beramal.
Mudah-mudahan Allah SWT melimpah-ruahkan rezeki-Nya kepada kita. Amiin.
No comments:
Post a Comment