“SEKOLAH SAYA”
Nama
sekolah saya ialah Sekolah Kebangsaan Brinchang.Sekolah saya terletak di atas
bukit dan tersergam indah dengan bangunannya yang cantik.Sekolah saya mempunyai
2 blok bangunan yang besar dan mempunyai
4 tingkat bagi setiap bangunan.Bangunan Blok A mengandungi
pejabat,bilik guru,kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 dan kelas pra
sekolah.Manakala bangunan Blok B pula menempatkan bilik-bilik khas seperti Pusat
Sumber, Pusat Access, Makmal
Sains dan Makmal Komputer.
Sekolah
saya mempunyai 169 orang murid dari Prasekolah
hingga Tahun 6. Guru pula seramai 18 orang yang terdiri daripada 7 lelaki dan 11 perempuan.Sekolah
saya juga mem punyai 3 orang kakitangan sokongan yang membantu guru-guru dan
pihak sekolah dalam bidang pentadbiran.Guru-guru di sekolah saya sangat rajin dan
bertanggunjawab. Mereka selalu mengambil berat tentang kebajikan murid-murid di
sekolah saya. Saya sangat sayang kepada guru-guru sekolah saya ini.
Terdapat
satu keistimewaan yang tidak terdapat di sekolah lain di daerah ini kerana
sekolah saya mempunyai replika buah
strawberi yang besar yang diletakkan di hadapan pejabat sekolah.Replika ini telah
menarik perhatian pelancong yang datang ke sekolah saya.Mereka telah merakamkan
pemandangan ini setiap kali mereka berkunjung ke sekolah saya.
Selain
itu, sekolah saya juga mempunyai taman
permainan pra yang cantik dan bersih.Sekolah saya juga mempunyai sebuah kolam ikan yang besar
yang didiami oleh sekumpulan ikan keli dan ikan kap.Kolam ini telah dijaga
dengan baik oleh guru dan pekerja sekolah saya.Sekolah saya juga mempunyai
sebuah taman mini herba yang ditanami dengan pelbagai herba seperti pokok
serai, kunyit, pegaga dan pudina.Saya
sangat sayang sekolah kerana sekolah saya merupakan tempat
kebanggan saya.
No comments:
Post a Comment