Kata
Pemeri ialah dan adalah
- KP ialah hendaklah diikuti oleh kata nama, frasa nama atau kata komplemen.
- KP adalah hendaklah diikuti oleh kata adjektif atau kata sendi nama
- KP adalah tidak boleh diikuti oleh kata kerja.
- KP ialah boleh diikuti
oleh kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama.
Ayat contoh:
(i) Pengetua sekolah saya yang baharu ialah Tuan Hj. Rashid bin Sulaiman.
(ii) Kenyataan yang dikemukakan oleh kedua-dua orang saksi dalam kes itu adalah benar.
(iii) Tarikh perkahwinan kakak saya adalah pada 7 Julai 2007.
(iv) Kegemaran saya pada waktu lapang ialah membaca majalah hiburan.
(v) Kursus ini adalah untuk guru-guru yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris mereka.
Penggunaan Kata Pemeri dan Kata Nafi
5. Penggunaan kata pemeri dalam Bahasa Melayu yang berfungsi
sebagai pemeri hal atau perangkai antara subjek ayat dengan frasa utama dalam
predikat bukanlah sesuatu yang wajib sebagaimana penggunaan ‘is’, ‘are’ ataupun
‘a’ dalam struktur Bahasa Inggeris.
Penggunaannya agak terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat-ayat Bahasa Melayu. Namun demikian terdapat kecenderungan penggunaannya dalam pembentukan ayat-ayat yang salah ataupun tidak gramatis khususnya apabila digunakan pada awal ayat di hadapan frasa kerja ataupun kata kerja.
Kesalahan Contoh:
1. Adalah diberitahu bahawa mesyuarat PIBG tersebut akan ditangguhkan ke minggu depan.
2. Adalah dengan ini diisytiharkan bahawa anak bulan Syawal tidak kelihatan.
3. Tingkah lakunya yang sombong itu adalah menyebabkan orang ramai benci kepadanya.
Ayat-ayat di atas seharusnya menggugurkan kata pemeri ‘adalah’ bagi membentuk ayat-ayat yang betul dan gramatis.
Terdapat dua kata pemeri yang digunakan sebagai pemeri hal dalam Bahasa Melayu iaitu ‘ialah’ dan ‘adalah’.
i) Penggunaan Kata Pemeri ‘Ialah’
Kata pemeri ini digunakan di hadapan frasa nama ataupun kata nama untuk menunjukkan pertalian antara subjek dan predikat ayat ataupun dengan kata lain untuk memerihalkan subjek ayat.
Ayat Contoh:
1. Yang turut hadir dalam majlis hari jadinya ialah beberapa orang guru.
2. Antara sebab utama pelajar melepak ialah pengaruh daripada rakan-rakan sebaya.
3. Perkara yang paling penting sekarang ialah pemulihan ekonomi negara.
Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri ‘Ialah’
Kesalahan yang biasa dilakukan semasa penggunaan kata pemeri ‘ialah’ merupakan penggabungannya dengan kata nafi ‘bukan’ dan ‘tidak’.
Kesalahan Contoh:
1. Mereka ialah bukan pelajar sekolah tersebut.
2. Pelajar-pelajar itu didenda kerana ialah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut.
Ayat sepatutnya:
1. Mereka bukan pelajar sekolah tersebut.
2. Pelajar-pelajar itu didenda kerana tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut.
Satu lagi kesalahan penggunaan ‘ialah’ berlaku apabila digabungkan dengan kata kerja ataupun kata adjektif. Sepatutnya ‘ialah’ digunakan bersama-sama dengan kata nama sahaja.
Kesalahan Contoh:
3. Mereka ialah memberitahu kami tentang kejadian tersebut.
4. Orang tua itu ialah terjatuh ke dalam longkang ketika menunggang basikal.
Ayat sepatutnya:
3. Mereka yang memberitahu kami tentang kejadian itu.
4. Orang tua itu terjatuh ke dalam longkang ketika menunggang basikal.
Ulasan:
Dalam keempat-empat contoh kesalahan di atas, disebabkan penggunaan kata pemeri yang tidak perlu, maka kata pemeri yang digunakan perlu digugurkan.
ii) Penggunaan Kata Pemeri ‘Adalah’
Kata pemeri ‘adalah’ boleh digunakan secara lebih meluas berbanding kata pemeri ‘ialah’. Kata pemeri ini dapat digunakan di hadapan kata adjektif, frasa sendi nama dan dapat hadir bersama binaan kata nafi ‘tidak’ yang digabungkan dengan kata adjektif (adalah + kata nafi ‘tidak’ + adjektif).
Ayat Contoh:
1. Tawaran biasiswa tersebut adalah khusus untuk pelajar Bumiputera sahaja.
2. Kenyataan yang diberikannya adalah tidak benar.
3. Buku-buku itu adalah hasil daripada pengalamannya semasa menjadi tentera.
4. Tindakannya ketika menyelesaikan masalah itu adalah tidak wajar.
Kesalahan ayat:
Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh digunakan bersama kata nafi ‘bukan’ dan dalam binaan frasa kerja.
Kesalahan Contoh;
1. Buku-buku itu adalah bukan untuk kamu.
2. Kegagalannya adalah disebabkan oleh kemalasannya mengulang kaji pelajaran.
3. Adalah dimaklumkan bahawa ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada hari esok.
4. Tuan-tuan adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan dibatalkan.
Ayat sepatutnya;
1. Buku-buku itu bukan untuk kamu.
2. Kegagalannya disebabkan oleh kemalasannya mengulang kaji pelajaran.
3. Dengan ini dimaklumkan bahawa ujian Bahasa Melayu akan diadakan pada hari esok.
4. Tuan-tuan dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong itu akan dibatalkan.
Ulasan:
Penggunaan kata pemeri dalam contoh kesalahan ayat di atas tidak perlu dan mesti digugurkan. Secara ringkasnya, penggunaan kata pemeri bukanlah sesuatu yang amat perlu dalam ayat-ayat Bahasa Melayu sebagaimana struktur ayat Bahasa Inggeris. Penggugurannya dalam ayat-ayat tertentu tidak menjejaskan makna ayat.
iii) Penggunaan Kata Nafi ‘Bukan’ dan ‘Tidak’
Secara umum terdapat dua perkataan kata nafi dalam Bahasa Melayu iaitu ‘bukan’ dan ‘tidak’

No comments:
Post a Comment