Kepentingan Kenderaan
Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan. Ada kenderaan yang bergerak di air. Ada
pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang bergerak di darat. Kenderaan ini di gerakkan oleh enjin
yang direka khas. Kenderaan amat penting dalam kehidupan manusia. Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangku tan . Ini termasuklah mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van, keretapi, motorsikal dan kereta. Kapal laut, feri perahu dan sebagainya adalah contoh pengangkutan air. Kapal terbang dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.Kenderaan membolehkan kita pergi ke mana-mana destinasi yang kita sukai. Kita tidak perlu memikirkan cara mana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan yang ada membolehkan ianya membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar sejumlah wang yang tertentu, kita boleh pergi ke mana-mana destinasi yang ingin ditujui.
Perniagaan pada hari ini amat memerlukan kenderaan. Syarikat -syarikat perniagaan amat
bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan barangan keluaran mereka. Dengan adanya
kenderaan ini hasil-hasil pertanian dan barang-barang perindusrian dapat diproses. Oleh itu, kegiatan
ekonomi akan berjalan dengan lancar dan kesannya wuju dlah pembangunan.Untuk sampai ke satu-satu tempat yang jauh memerlukan jarak masa yang sangat lama. Dengan menaiki kenderaan, masa yang panjang dapat dikurangkan. Contohnya apabila kita menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke sana hanyalah empat puluh lima minit. Ini amat menjimatkan masa serta tenaga.
Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya
kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat tepat dan cepat.
Sunday, 9 February 2014
KARANGAN MELENGKAPKAN CERITA
Lengkapkan cerita di bawah yang berahkir deng an ayat berikut :
‘ ‘ ‘ . Bila kubuka mata, aku melihat ayah dan ibu berada di sampingku. Perempuan yang berwajah
ngeri itu telah pergi.
Pada malam itu, aku berseorangan di rumah. Ayah dan ibu masih belum pulang. Di luar, hujan turun
dengan lebat, kilat sabung-menyabung. Aku toleh ke arah jam usang di dinding. Rupa-rupanya sudah hampir pukul satu pagi. Aku semakin risau kerana bayang ayah dan ibuku masih belum kelihatan.
Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu hadapan. Aku bergegas membuka pint u. Sebaik
sahaja pintu terkuak, alangkah terkejutnya aku kerana seorang perempuan bertudung hitam berada di situ.
Wajahnya amat mengerikan.
Dia memandang tajam ke arahku. Peluh dingin mula keluar dari badanku. Dia cuba menerkamku.
Belum sempat dia menyambar tubuhku, aku menendang badannya lalu tersungkur ke tanah. Aku menutup
pintu. Tiba-tiba matu kabur. Aku terus terjatuh. Bila kubuka maTa , aku melihat ayah dan ibu berada di
sampingku. Perempuan yang berwajah ngeri itu telah pergi.

PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN
Tulis satu karangan yang bertajuk ’ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan“
Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek.
Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak
berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang.
Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah
nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di
situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.
Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut
sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu
terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan diri.
Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk . Menurut nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri.

KARANGAN CATATAN
Andaikan bahawa ibu anda sakit kuat . Ibu anda dimasukkan ke hospital . Tuliskan suatu catatan selama ibu
anda berada di hospital.
2 Januari
Ibu sakit kuat. Bapa menghantar ibu ke hospital Besar Kuala Terengganu. Doktor yang merawat ibu
memberitahu kami bahawa ibu menghidap penyakit barah. Ibu terpaksa dirawat di hospital. Selepas pulang
dari sekolah , aku dan bapa melawat ibu. Aku berasa sedih melihat keadaan ibu.
3 Januari
Hari ini ibu akan dibedah. Menurut doktor , pembedahan hanya sebagai pembedahan biasa dan
tidak perlu dirisuakan. Di sekolah , aku tidak dapat menumpukan perhatianku terhadap pelajaran. Cikgu
Halim memujuk aku supaya bersabar. Aku sentiasa berdoa agar ibu selamat.
4 Januari
Ibu selamat dibedah. Menurut doktor ibu akan dibenarkan pulang tidak lama lagi. Datuk dan nenek
dari kampung datang ke hospital untuk melawat ibu.
5 Januari
Selepas waktu sekolah , aku , Cikgu Halim dan tiga orang kawanku menziarahi ibu. Aku mendapati
ibu semakin pulih. Dari jauh ibu tersenyum menyambut kedatangan kami. Aku bersyukur kepada Tuhan
kerana telah memakbulkan doaku.
6 Januari
Aku membantu nenek mengemas rumah. Sebentar lagi ibu akan pula ng bersama dengan ayah dan
datuk. Aku berasa tidak sabar untuk menyambut kepulanganya. Hadiah istimewa telah kusediakan untuk ibu.

AKU SEHELAI BAJU
AKU SEHELAI BAJU
Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda
memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki.
Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku. Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika.
Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya
mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar. Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

AKU SEBUAH BASIKAL
Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk ’Aku Sebuah Basikal“.
Pengenalan
berasal dari Jepun
dibuat di sebuah kilang besi waja
terdiri daripada besi waja, getah dan plastik
Perenggan ke-2
disebut basikal
dipamerkan
berasa sungguh gembira
Perenggan ke-3
menaiki sebuah kapal dagang
berasa sungguh bangga
Perenggan ke-4
nasib malang
kapal karam
dijumpai oleh penyelam
dijual sebagai besi buruk
Penutup
menjadi bahan terbuang
kesal kerana tidak dapat berbakti

PECAHAN-PECAHAN NILAI MURNI
Pecahan-pecahan Nilai Murni ini
Contoh Frasa dan Pecahan Nilai murni dan Pengajaran:
- Menolong orang - Bertanggungjawab
- Menghulurkan bantuan - Prihatin
- Menderma, menyumbang - Toleransi
- Memberi hadiah - Penyayang
- Berkongsi barang dengan adik-beradik - Kasih sayang
- Memberi hadiah - Pemurah
- Membantu - Baik hati
- Berkongsi - Berhemah tinggi
- Membuat kerja rumah/sekolah - Rajin
- Membuat jadual belajar - Gigih
- Mengulang kali - Keazaman
- Menyiapkan .... - Bersungguh-sungguh
- Mengembalikan - Jujur
- Memulangkan - Tulus
- Menyerahkan - Amanah
- Memberikan (Tidak meminta balasan) - Ikhlas
- Meminjamkan - Rela hati
- Tidak berkira - Bertolak-ansur
- Tidak mementingkan diri sendiri - Sepakat/Muafakat
- Mengagihkan tugasan - Adil/saksama
- Membuat sesuatu keputusan - Bijaksana
- Bertindak - Bestari
- Mencari penyelesaian - Rasional
- Menjadi rujukan - Matang
- Bertindak demi kebaikan - Berani
- Basuh baju/ kasut - Berdikari
- Menghormati lagu Negaraku - Cinta negara
- Mematuhi undang-undang - Semangat patriotik
- Membawa bekal ke sekolah - jimat-cermat
- Menjaga kebersihan diri - Cinta kebersihan
- Menjaga kebersihan alam sekeliling - Mencintai alam
- Membantu orang lain - Bekerjasama
- Mengikut arahan guru - Taat
- Mematuhi peraturan - Akur
- Patuh arahan ibu bapa - Berdisiplin
- Tenang mengahadapi sesuatu keadaan - Cekal
- Tidak mudah kecewa - Tabah
- Meneruskan usaha walaupun ...- Sabar
- Tabah melakukan sesuatu - Tidak mudah berputus asa
- Bangun awal, bersiap awal - Menepati masa
- Menyiapkan kerja sekolah - Menghargai masa
- Siapkan kerja mengikut masa - Menepati janji
- Semangat inisiatif, inovatif, kreatif - Daya usaha
- Rela berkorban masa, tenaga dan wang ringgit - Dedikasi
- Berupaya mencapai sesuatu kejayaan - Jaya diri
- Hidup berbaik-baik dengan jiran - Semangat kejiranan
- ikap, pertimbangan yang tidak keterlaluan -Kesederhanaan
- Kesenangan yang dikecapi - Kesyukuran
- Pengiktirafan - Penghargaan
- Berterima kasih - Menghargai
- Suka bergaul mesra, tidak mengasingkan diri - Persaudaraan
NILAI MURNI
17 NILAI MURNI YANG UTAMA:
1. Baik Hati
2.
Berdikari
3.
Hemah Tinggi
4.
Hormat-menghormati
5.
Kasih Sayang
6.
Keadilan
7.
Kebebasan
8.
Keberanian
9.
Kebersihan fizikal dan mental
10.
Kejujuran
11.
Kerajinan
12.
Kerjasama
13.
Kesederhanaan
14.
Kesyukuran
15.
Rasional
16.
Semangat bermasyarakat
Patriotisme
KESALAHAN PENGGUNAAN KATA
KATA BILANGAN:
Salah: Empat unsur-unsur
Betul: Empat unsur
Salah: Banyak organisasi-organisasi
Betul: Banyak organisasi
Salah: Banyak langkah-langkah
Betul: Banyak langkah
Salah: Semua tugas-tugas
Betul: Semua tugas
Salah: Semua anggota-anggota
Betul: Semua anggota
Salah: Semua ilmu-ilmu
Batul: Semua ilmu
Salah: Semua aspek-aspek
Betul: Semua aspek
Salah: Kesemua filem-filem
Betul: Kesemua filem
Salah: Segala maklumat-maklumat
Betul: Segala maklumat
Salah: Kebanyakan orang-orang
Betul: Kebanyakan orang
Kesimpulan: Kata bilangan seperti:
- berbagai-bagai/pelbagai
- para
- sebahagian
- segenap
- keseluruhan
- kedua-dua
- beribu-ribu
- berguni-guni
- tiap-tiap
- masing-masing
....perkataan yang mengikutinya tidak perlu digandakan.
Catatan: Bagi perkataan 'masing-masing', perkataan yang
mendahuluinya tidak perlu digandakan. Contoh
Peserta pertandingan diminta mengambil tempat masing-masing.
Subscribe to:
Posts (Atom)