Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di
sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan
yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut . Sediakan laporan itu
selengkapnya.
Laporan
Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Brinchang.
Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 2003.Anggota-anggota
persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun
Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu
,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran
masing-masing.
Persatuan ini telah menjalankan
beberapa kegiatan sepanjang tahun 2015.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk
akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan
Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini
adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar
Tahun Enam Mawar.
Kami juga menganjurkan ceramah
tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari
Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong
membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan
menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut
istilah sains.
Pada cuti penggal kedua
persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil
lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang
dijalankan oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.
Pada keseluruhannya,kami berpuas
hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima
kasih kepada guru penasihat,Cikgu Rosmini Jaafar yang banyak
memberikan bimbingan kepada kami.
Disediakan
oleh, 02 JULAI 2015
Zikri
_______________
(MUHAMMAD AMIR ZIKRI B AZMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains,
Sekolah Kebangsaan Brinchang,
Cameron Highlands.
No comments:
Post a Comment