Sekolah kamu telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah. Sebagai Setiausaha, kamu diminta menulis laporan hari anugerah
tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya.
Laporan Hari
Anugerah Kecemerlangan Sekolah
Pada hari
Sabtu, 15 Oktober 2012, Sekolah Kebangsaan Brinchang telah mengadakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi. Ibu
bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid
yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini
diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amir Zikri b Azman. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi PIBG serta ucapan Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Brinchang.Tepat pukul 10.00 pagi, upacara perasmian
telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Ghazali. Dalam
ucapan tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap
pendidikan anak-anak. Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan
murid-murid.
Antara persembahan yang menarik ialah persembahan
Boria oleh murid tahun 6, persembahan tarian zapin oleh murid tahun 5 dan
persembahan deklamasi sajak oleh adik Muhamad Nizam daripada kelas 4
Cemerlang.Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan. Acara
kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam
akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun.
Murid-murid yang cemerlang serta aktif dalam bidang
kokurikulum turut diberikan anugerah. Majlis ini berlangsung dengan lancar dan
meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan juadah sejurus selesainya majlis
itu. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada
murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.
Disediakan oleh ,
02 JULAI 2015
Wafi
.............................
(MUHAMMAD AMIR WAFI BIN AZMAN)
Setiausaha, Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Brinchang