Wednesday, 1 July 2015

LAPORAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH



Sekolah kamu telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Sebagai Setiausaha, kamu diminta menulis laporan hari anugerah tersebut. Tulis laporan itu selengkapnya.

 Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah

 Pada hari Sabtu, 15 Oktober 2012, Sekolah Kebangsaan Brinchang telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amir Zikri b Azman. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi PIBG serta ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Brinchang.Tepat pukul 10.00 pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Haji Ghazali. Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak. Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan murid-murid.

Antara persembahan yang menarik ialah persembahan Boria oleh murid tahun 6, persembahan tarian zapin oleh murid tahun 5 dan persembahan deklamasi sajak oleh adik Muhamad Nizam daripada kelas 4 Cemerlang.Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan. Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun.

Murid-murid yang cemerlang serta aktif dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah. Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan juadah sejurus selesainya majlis itu. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.

Disediakan oleh ,                                                                                            02 JULAI 2015

 Wafi
.............................
(MUHAMMAD AMIR WAFI BIN AZMAN)
Setiausaha, Hari Anugerah Kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Brinchang


LAPORAN PERSATUAN MATEMATIK DAN SAINS SK BRINCHANG



Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut . Sediakan laporan itu selengkapnya.

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Brinchang.

          Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 2003.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri  daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.
         
Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 2015.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.
         
Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan  pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.
         
Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut  Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.
         
Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih  kepada guru penasihat,Cikgu  Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.


Disediakan oleh,                                                                                            02 JULAI 2015
      Zikri
_______________
(MUHAMMAD AMIR ZIKRI B AZMAN)
Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains,
Sekolah Kebangsaan Brinchang,
Cameron Highlands.

Wednesday, 8 October 2014

LATIHAN TATABAHASA



Latihan   Tatabahasa 1
SET A
1.Dia mempergunakan saya sebagai _______________ untuk menjawat jawatan itu.
A.batu loncatan  B.batu alas  C.hati batu  D.batu  giling

2.Kita mesti____________ semasa guru mengajar.
A.rabun ayam  B.kaki ayam  C.buta huruf  D.pasang telinga

3.Diana mencurahkan____________ nya kepada abang saya.
A.ambil hati  B.isi hati  C.buah hati  D.mata hati

4.Apabila terdengar berita sedih itu mukanya menjadi_____________ macam mayat.
A.biru  B putih  C.pucat  D.hitam

5.Walaupun masih kecil namun dia____________ macam pendeta.
A.degil  B.lurus  C.bijak  D.baik

6.Raja negeri Antah Berantah itu__________ macam firaun. 
A.zalim  B.degil  C.liar  D.buas

7.___________ roda kereta kuda itu dibuat daripada kayu.
A.jejari  B.tetupai  C.kekuda  D.lelabu.

8____________ lah ketika memegang ______________ kaca itu.
A.bercermat-cermat, bebalai   B.beragak-agak,dedahan   C.berhati-hati,berbuli  D.perlahan-lahan,deduri

9.Kita mestilah menghormati jiran____________.
A.tetamu  B.tetangga  C.sesama  D.    kekisi

10.__________ yang rendang itu ditanam oleh tukang kebun sekolah saya.
A.dedaun  B.kekabu  C.lelangit  D.pepohon

11.Ayah memberikan beberapa____________ tebu kepada budak kecil itu.
A.buku  B.ketul  C.ruas  D.ulas

12.Beliau mendeklamasikan se__________ sajak hasil nukilan S.Y.Din
A.jalur  B.buah  C.gugus  D.untai

13.Ibu kehilangan se___________cincin dan se__________ rantai emas.
A.buah,jalur  B.ketul,gugus  C.biji,untai  D.bentuk,utas

14.Kelincahan gadis iyu menjadi ____________penduduk kampung kami.esar hati   B.
ABuah mulut  B.rambang mata  C.mata keranjang  D.kutu rambu

15.''Janganlah berasa ____________ apabila mnlihat dia membeli basikal baru,'' kata loke kepada sim Min Chin.
A.besar hati  B.kepala angin  C.iri hati  D.patah hati

16.Kami telah____________ hendak mendaki gunung Everest.
A.bulat hati  B.isi hati  C.busuk hati  D.makan hati

17.Dia memang ___________. Setiap  hari asyik tidur saja .
A.anak angkat  B.anak emas  C.rabun ayam  D.berat tulang

18.Penjenayah yang_________itu telah dibawa ke lokap.
A.diberkas  B.dicelup  C.dijaga  D.ditanya

19.Kakak____________ tin biskut itu di atas kepalanya.
A.menjinjing  Bmenatang  C.menjunjung  D.memikul

20.Dia berjalan____________ kerana tapak kakinya luka.
A.terkedek-kedek  B.tergerak-gerak  C.terangguk-angguk   D.terhincut-hincut

Wednesday, 12 March 2014

MUTIARA KATA "PERIBADI"

Peribadi yang baik memelihara kita daripada melakukan pekerjaan yang keji.
                                                                                                                   (Aristotle)

Tidak ada pemberian yang paling baik daripada seorang kepada anaknya melainkan peribadi yang teratur.
                                                                                                                   (Maksud Hadis)

Akhir kepada segala pengetahuan ialah pembinaan peribadi dan perangai yakni adab.
                                                                                                                   (Mahatma Ghandhi)

Asas kelakuan yang baik ialah berharap kepada peribadi sendiri.
                                                                                              (Ralph Waldo Emerson)

Mengenal diri sendiri ialah satu tugas yang paling sukar di dunia ini. Ikutilah manusia bijaksana, dia tahu dan sedar kalau dia tahu.
                                                                                               (Daryanto)

Sekali melihat orang adalah lebih baik daripada seratus kali mendengar tentang orang.
                                                                                                 (Peribahasa Jepun)

Orang yang berperibadi unggul, seolah-olah berkata bahawa aku adalah aku, dia tidak akan dapat dipengaruhi oleh sesuatu yang tidak selari dengan pegangan hidupnya.
                                                                                                   (Pujangga Melayu)

Peribadi sebenar setiap orang dapat diketahui menerusi kegemarannya.
                                                                                                    (Ar-Razi Khaitsam)


Sunday, 9 February 2014

KEPENTINGAN KENDERAAN

Kepentingan Kenderaan

              Setiap hari kita dapat melihat pelbagai jenis kenderaan. Ada kenderaan yang bergerak di air. Ada
pula yang dapat bergerak di udara dan ada yang bergerak di darat. Kenderaan ini di gerakkan oleh enjin
yang direka khas. Kenderaan amat penting dalam kehidupan manusia. Sejak zaman dulu lagi manusia menggunakan kenderaan untuk tujuan pengangku tan . Ini termasuklah mengangkut barang-barang dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

            Kenderaan yang  digunakan bagi tujuan pengangkutan ini termasuklah kenderaan darat seperti lori, van, keretapi, motorsikal dan kereta. Kapal laut, feri perahu dan sebagainya adalah contoh pengangkutan air. Kapal terbang dan helikopter pula adalah pengangkutan jenis udara.Kenderaan membolehkan kita pergi ke mana-mana destinasi yang kita sukai. Kita tidak perlu memikirkan cara mana untuk sampai ke satu-satu tempat. Kenderaan yang ada membolehkan ianya membawa penumpang. Contohnya, dengan hanya membayar sejumlah wang yang tertentu, kita boleh pergi ke mana-mana destinasi yang ingin ditujui.
          
            Perniagaan pada hari ini amat memerlukan kenderaan. Syarikat -syarikat perniagaan amat
bergantung sepenuhnya kepada kenderaan untuk memasarkan barangan keluaran mereka. Dengan adanya
kenderaan ini hasil-hasil pertanian dan barang-barang perindusrian dapat diproses. Oleh itu, kegiatan
ekonomi akan berjalan dengan lancar dan kesannya wuju dlah pembangunan.Untuk sampai ke satu-satu tempat yang jauh memerlukan jarak masa yang sangat lama. Dengan menaiki kenderaan, masa yang panjang dapat dikurangkan. Contohnya apabila kita menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Masa yang diambil untuk sampai ke sana hanyalah empat puluh lima minit. Ini amat menjimatkan masa serta tenaga.

          Jadi jelaslah bahawa kenderaan adalah agen pengangkutan yang amat penting. Dengan adanya
kenderaan semua kerja dapat dilakukan dengan mudah, cepat tepat dan cepat.

KARANGAN MELENGKAPKAN CERITA

Lengkapkan cerita di bawah yang berahkir deng an ayat berikut :
‘ ‘ ‘ . Bila kubuka mata, aku melihat ayah dan ibu berada di sampingku. Perempuan yang berwajah
ngeri itu telah pergi.

          Pada malam itu, aku berseorangan di rumah. Ayah dan ibu masih belum pulang. Di luar, hujan turun
dengan lebat, kilat sabung-menyabung. Aku toleh ke arah jam usang di dinding. Rupa-rupanya sudah hampir pukul satu pagi. Aku semakin risau kerana bayang ayah dan ibuku masih belum kelihatan.

          Tiba-tiba kedengaran ketukan bertalu-talu di pintu hadapan. Aku bergegas membuka pint u. Sebaik
sahaja pintu terkuak, alangkah terkejutnya aku kerana seorang perempuan bertudung hitam berada di situ.
Wajahnya amat mengerikan.

          Dia memandang tajam ke arahku. Peluh dingin mula keluar dari badanku. Dia cuba menerkamku.
Belum sempat dia menyambar tubuhku, aku menendang badannya lalu tersungkur ke tanah. Aku menutup
pintu. Tiba-tiba matu kabur. Aku terus terjatuh. Bila kubuka maTa , aku melihat ayah dan ibu berada di
sampingku. Perempuan yang berwajah ngeri itu telah pergi.

PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN

Tulis satu karangan yang bertajuk ’ Pengalaman yang Tidak Dapat Dilupakan“

              Pada tahun lalu, aku menghabiskan cuti persekolahan di kampung bersama datuk dan nenek.
Pada suatu malam , aku pergi ke rumah Ludin, teman lamaku. Oleh kerana sudah lama tidak
berjumpa, kami seronok bercerita. Bila aku sedar malam sudah larut, aku bergegas pulang.

              Dalam perjalanan pulang, hatiku tiba-tiba berasa cemas. Walaupun telah lama berjalan, rumah
nenek masih juga tidak kelihatan. Aku memandang ke kiri dan ke kanan. Tidak ada sebuah rumah pun di
situ. Bulu romaku berdiri tegak. Barulah aku sedar, rupanya aku tersesat jalan.

              Tiba-tiba di satu selekoh, aku terpandang satu lembaga menuju ke arahku. Aku berasa amat takut
sekali. Aku cuba membuka langkah. Tetapi belum sempat aku melangkah, kakiku terpijak benda tajam, lalu
terjatuh. Kemudian, aku tidak sedarkan diri.

              Bilaku membuka mata, kulihat aku sudah berada di rumah datuk . Menurut nenek, datuk menemuiku terbaring di tengah jalan ketika keluar mencariku. Aku menceritakan kepada mereka apa yang terjadi. Datuk dan nenek tersenyum sesama sendiri. Rupa-rupanya lembaga yang aku takutkan itu adalah datukku sendiri.